TANDA AWAL KEHAMILAN

Ibu-ibu yang sudah berpengalaman mesti sudah maklum tentang tanda-tanda awal kehamilan kan?

a06552adb6060d7fe34ce84b72eb330d.jpg

Tapi setiap kehamilan kebiasaanya berbeza, Jun semasa anak pertama dulu tak seletih kehamilan kedua. Kehamilan kedua macam mana pun Jun berjaya harungi dengan sangat berjaya, sebabnya Jun jarang MC berbanding kehamilan pertama. Untuk kehamilan ketiga ini lain macam sikit. Kehamilan ketiga seperti ada penambahan checklist untuk tanda-tanda awal pula.

Sungguhlah bagai dikata orang lama, setiap anak pun tidak sama kan?

Jadi untuk membantu ibu-ibu baru, Jun nak kongsikan tanda-tanda awal kehamilan ini.

  1. Sakit breast
  2. Sesak nafas
  3. Cepat letih
  4. Loya
  5. kerap kencing
  6. Sakit kepala
  7. sakit belakang
  8. kekejangan
  9. Mengidam
  10. Sembelit dan kembung
  11. Sensitif pada bau bauan
  12. Mood swing
  13. Suhu badan lebih tinggi
  14. Pening atau nak pitam
  15. Spotting

Jun dah rasa kebanyakan daripada checklist ni. Kadang-kadang rasa lamanya nak tunggu 9 bulan. Hampirnya setahun tambah-tambah bila kehamilan baru minggu pertama.

187.jpg

So macam mana nak atasi?

Stay tune! nanti Jun kongsi cara nak atasi ketidakselesaan ketika hamil ya.

 

CERITA JUN: Pengalaman berpantang dengan SET MUSTIKA RATU dan SET BERPANTANG HPA

Soalan Petang Ini:

APAKAH SET BERPANTANG PERTAMA YANG ANDA PERNAH GUNA?

Jun masa berpantangkan Faqeh dulu bukan satu tapi Jun guna 2 set berpantang, Set Berpantang Mustika Ratu dan lagi satu set berpantang HPA.

mustika_ratu_jamu-selapan setbersalin-1

Masa ni mak Jun nak Jun guna set JAMU INDONESIA. Elok untuk dalaman kata mak. Set HPA ni pulak suami Jun yang belikan. Jadi dua-dua Jun guna lah cuma kedua-duanya pun tak habis guna.

Biasanya untuk anak pertama agak susah untuk ibu-ibu putuskan set berpantang yang serasi dengan diri masing-masing kan? Apatah lagi jika tiada sumber untuk di rujuk.

Selepas Jun menggunakan set Mustika Ratu ini baru lah Jun tahu yang Jun tidak berapa serasi untuk set berpantang jenis jamu atau herba yang panas. Bukan semua orang sesuai dengan jamu apatah lagi jika kurang pula minum air.

Kedua-dua set ini ada jamu dan kedua-dua nya juga bila Jun cuba makan Jun alami sakit kepala yang teramat sangat. Akhirnya panadol juga yang Jun cari.

Tapi Jun suka set Mustika Ratu yang perlu digunakan untuk luaran. Bau herba nya memang seperti suasana orang berpantang! haha.

Bagi set HPA pula minyak sapu nya juga Jun suka! cuma tidak begitu serasi juga dengan jamu HPA walaupun diambil dalam jarak selepas berpantang.

=====================================================================

BENGKUNG

images-2

Bagi ibu-ibu PLUS SIZE jun sarankan untuk MENEMPAH BENGKUNG dan BUKANNYA membeli readymade terutamanya ibu-ibu plus size XXL ke atas!

Jun mengalami masalah mengikat bengkung kerana tak sampai tali untuk diikat! haha PLUS SIZE SGT!

Ini cerita serius tau ibu-ibu! Jun dah ada DUA bengkung yang Jun tak boleh guna kerana tali yang tidak cukup panjang! kecuali ibu-ibu perlu ambil inisiatif untuk menyambung tali supaya lebih panjang dan boleh ikat!

Alternatif lain yang lebih mudah Jun sarankan beli saja CORSET dan GIRDLE untuk dipakai sepanjang tempoh berpantang! Ini lebih praktikal bagi ibu-ibu yang berbentuk badan pear dan Plus Size.

================================================================

SET BERPANTANG KESUKAAN JUN!

Bila masuk anak kedua, Jun rasa lebih yakin sikit untuk membeli set berpantang. Kali ini selepas dibuat survey dan bertanyakan orang lain, Jun yakin untuk menggunakan SET BERPANTANG TANAMERA dan SET BERPANTANG SHAKLEE.

tanamera

SET BERPANTANG TANAMERA ini Jun beli set untuk kegunaan luaran sahaja dan untuk dalaman Jun fokus menggunakan SHAKLEE sahaja sebab selepas berjumpa dengan doktor, Jun rupanya memang tidak berapa sesuai untuk mengambil jamu atau makanan tambahan yang terlalu panas.

awas-2

Bagi set berpantang SHAKLEE Jun gunakan full set dengan tambahan VIVIX! Jun ada testimoni sendiri untuk vivix ketika berpantang! Nanti next entry Jun share ye.

Set Tanamera memang Jun sangat puas hati dan suka untuk kegunaan luaran. Sangat best! Ibu-ibu boleh beli loose item juga kalau tak silap Jun.

Set Shaklee pun Jun suka dan sangat menjimatkan sebabnya Jun memang gunakan set HAMIL shaklee juga jadi Jun hanya perlu tambah alfalfa sahaja untuk set berpantang!

Jangan lah takut kalau tengok banyak pulak yang nak kena telan, hihi, sebenarnya ibu-ibu boleh dapatkan set berpantang Shaklee mengikut bajet sendiri.

Cumanya Jun cadangkan untuk ibu-ibu PASTIKAN ada OSTEMATRIX, VITA C dan B COMPLEX dalam set bajet tersebut. Walaupun VITALEA, ZINC, ALFALFA dan ESP juga sama penting tapi pada pandangan peribadi Jun 3 item tadi adalah yang wajib tidak boleh tidak, perlu kita ambil.

Bukan apa, berdasarkan pengalaman Jun, bila Jun kurangkan pengambilan ostematrix kalsium, lama kelamaan Jun perasaan gigi akan menjadi jarang. Selepas sedar gigi depan dah semakin jarang baru Jun konsisten kan pengambilan kalsium semula.

a897

Bukan itu saja, kebiasaan ibu-ibu berpantang juga akan mengalami sembelit tahapnya masing-masing tahu sendiri, ada yang biasa-biasa ada juga sampai tahap menangis di dalam toilet! Jadi bila ibu-ibu pastikan pengambilan ostematrix ini ia membantu mengurangkan risiko sembelit ketika berpantang.

??

Bahasa mudahnya ostematrix shaklee membantu menyerap air dan memudahkan proses pembuangan tanpa mengalami sembelit yang menyakitkan!

cara-mengobati-sakit-gusi-berdarah_1

Ketika berpantang kebiasaanya ibu-ibu akan menyusukan bayi dengan susu ibu, jadi segala zat makanan akan disalurkan kepada bayi. Jadi jika ibu-ibu mengabaikan pengambilan supplemen tambahan yang penting ini bimbang untuk ibu berhadap dengan risiko lain pula. Contohnya kekurangkan vita C dalam badan ibu berpantang bukan sahaja boleh akibatkan gusi menjadi lemah dan berdarah bahkan mengurangkan kekuatan sistem pertahanan badan.

Seeloknya ketika berpantang ibu-ibu perlu elakkan diri dari terkena demam atau sebarang penyakit yang lain. Oleh itu Jun wajibkan vita C untuk supplemen yang wajib Jun ambil ketika berpantang. Jun yakin ibu-ibu lain juga perlu begitu.

12187787_1070045936352865_4210567192475385981_n

Selain vita c, ostematrix dan alfalfa, B COMPLEX juga jun wajibkan untuk Jun ambil ketika berpantang bahkan sehingga sekarang pun, kerana pengalaman Jun mengalami kemurungan ketika berpantang dan kesannya selepas Jun mengambil B complex sangat membuatkan Jun untuk sarankan ibu-ibu mengambil juga vitamin penting ini.

B complex ini boleh membantu mengelakkan ibu berpantang daripada rasa stress, tekanan, emosi yang tidak stabil, selain itu b complex juga membantu memberikan kesegaran kepada ibu walaupun perlu berjaga di waktu malam. Ini lah sebabnya juga B complex menjadi salah satu item untuk set belajar kerana kelebihannya memberikan tenaga berpanjangan kepada kita. Serius, ini bukan cerita tipu!

Jika kita tengok pula keratan akhbar di atas, ingin Jun sarankan untuk ibu-ibu ambil B complex dan Alfalfa sebagai item wajib di dalam set berpantang. Jun tak mahu komen berkenaan keratan akhbar tersebut kerana kita tidak tahu apa yang di alami oleh si ibu.

Cukup untuk Jun katakan, B complex + Alfalfa adalah kombinasi yang baik bagi ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu DISAMPING sokongan daripada orang sekeliling dan faktor-faktor lain yang memainkan peranan.

Apa pun, Jun pasti ibu-ibu mahukan yang terbaik untuk bayi dan diri sendiri. Buat rujukan dan pilihan yang terbaik. Selamat menjalani saat berpantang dengan gembira, semoga perkongsian Jun ini memberikan manfaat untuk semua.

=================================================================

CARA ORDER SET BERPANTANG:

Bagi yang ingin mendapatkan set berpantang Asas iaitu B COMPLEX, VITA C, OSTE dan ALFALFA. Boleh terus dapatkan di link bawah:

order-now

Pembayaran boleh di buat menggunakan credit card atau debit card.

Bagi yang memerlukan konsultasi daripada kami, anda boleh hubungi kami di 0103056484(jun) atau 0177523084 (Hafiz)

Konsultasi adalah percuma. Jun sedia berkongsi pengalaman dengan anda. 🙂

savemoremoney

ANDA JUGA BOLEH JIMATKAN LEBIH WANG DENGAN MENJADI AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI YANG JAUH LEBIH JIMAT!

DENGAN HANYA RM79.50 ANDA LAYAK MENDAPATKAN HARGA AHLI YANG MENGUNTUNGKAN ANDA!

 

 

 

 

 

 

 

PENGALAMAN : Kemurungan semasa Berpantang.

Mother not coping with baby...APD8PG Mother not coping with baby

Pernah tak ibu-ibu yang sedang membaca entry ini mengalami kemurungan semasa berpantang?

Tahukah ibu-ibu bahawa KEMURUNGAN KETIKA BERPANTANG ini besar risikonya untuk jangka masa panjang?

Jun nak kongsi PENGALAMAN Jun sendiri yang mengalami kemurungan ketika berpantang anak kedua.

Berpantang kedua kali ni Jun pantang sendiri kat rumah di Perlis. Awalnya memang mencari ‘confinement lady’ tapi takda langsung yang ‘available’ masa tu. Jadi suami saja lah yang menguruskan dari panaskan air rebusan, masak, jaga baby termasuklah jaga mak baby ni ha..

Kebiasaanya lelaki yang bekerja kerajaan akan dapat cuti seminggu jika isteri baru melahirkan. Jadi seusai habis cuti seminggu itu harus lah suami Jun balik bekerja macam biasa.

Pagi Isnin seingat Jun, hari pertama suami nak ke tempat kerja; hati Jun tiada apa-apa rasa yang pelik lagi. Lebih kurang jam 9 pagi selepas suami pun dah sampai di pejabat, mula lah perasaan Jun datang macam-macam rasa.

Perasaan tu bukannya di buat-buat. Bukan juga di fikir-fikir. Tapi emosi masa tu memang rasa sugul lain macam, sedih lain macam, tiba-tiba menangis tersedu-sedu, lepas tu meraung-raung.

Jika di buka surah-surah juga rasanya macam telinga keduanya dah jadi pekak. Yang tahu masa tu hanya tersedu-sedu sedih tak tahu tentang apa.

Syukur masa tu Jun terus capai handphone dan whatsapp suami.

“Jun sedih”

-“awat”

“taktau…nak teriak”

-“laa..”

Terus Jun call suami dan meraung pulak dekat dia.

-“takpa lah abang balik sekarang”

END CALLED

Bila difikirkan semula, tanda awal kemurungan ini dah ada sejak awal, bila anak menangis Jun memang tak hiraukan pun. Suami la yang uruskan, pujuk, bagi susu, tukar lampin. Sehingga lah hari suami perlu bekerja akhirnya Jun menangis.

Emosi masa itu ada juga rasa sakit hati yang tidak tahu sakit hati dengan siapa. Rasa geram juga tak tahu geramkan siapa. Sedih juga tak tahu sebabnya apa.

====================================================================

Kisah murung masa berpantang ini bukan cerita mengada-ngada ye..jika pun si ibu berpantang di rumah siapa pun, ibu mertua atau ibu sendiri atau dengan siapa saja, tolong sangat-sangat jaga emosi si ibu.

bunuhdiri

Tragedi seorang wanita yang terjun dari bangunan ini kita tak tahu apa yang dilalui dan apa yang dirasa. Tak perlu kita komen panjang, cuma Jun nak ingatkan pada para suami, para ibu dan mertua yang menjaga ibu berpantang. Jagailah emosi dan perasaan si ibu. Jangan kita pertaruhkan nyawa dan emosi ibu berpantang.

=============================================================

Alhamdulillah Jun sembuh pada hari ke 2 suami bekerja. Rahsianya adalah B COMPLEX Shaklee.

Makanlah apa saja jamu, rempah ratus, akar kayu.

Tapi.

Harus di ingat yang badan si ibu juga perlukan zat yang cukup dan diperlukan.

Masa berpantang yang selalunya ikan kering sajalah menu utamanya, walaupun zaman sekarang ramainya sudah moden, tapi hakikatnya bukan semua juga makanan boleh di makan sesuka hati oleh si ibu mengikut keadaan diri semasa itu.

Sumber vitamin B antaranya daging, bukan semua ibu berpantang boleh makan daging, ada yang makan daging gatal-gatal pulak di tempat yang dijahit.

Lagi sumbernya vitamin B adalah kekacang, setengahnya ibu berpantang tidak boleh makan kekacang sebab angin, kembung pulak si anak nanti bila ibu menyusu.

Harus dari mana nak dapatnya sumber vitamin B ni dan kenapa pula Vitamin B?

b-complex-11

Ini lah dia B complex Shaklee yang suami Jun minta Jun makan sebelum dia ke pejabat.

Jun telan 4 biji sekali makan. Memang rasa lain dari sebelum makan. Kemudian terus Jun search youtube “why we need B complex” dan jumpa video tentang B complex dari Dr Samantha Gray

Dan ini adalah video tentang cara pengambilan B complex

Video tanda-tanda kekurangan vitamin B

Sejak Jun rasa kesan B complex pada diri sendiri, memang Jun bawa ke mana saja B complex dalam handbag.

Jun sangat cadangkan pada bakal ibu, ibu hamil, ibu berpantang, lelaki dan wanita bahkan orang tua sekali pun untuk ambil B complex sebagai supplemen tambahan yang wajib.

================================================================

B COMPLEX SHAKLEE

b-complex_shaklee-diffrent

khasiat-bcomplex

HARGA B COMPLEX SHAKLEE JUGA MAMPU MILIK UNTUK SEMUA ORANG IAITU RM57 UNTUK 120 BIJI. Murah dan Tahan Lama!

=====================================================================

MACAM MANA NAK ORDER B COMPLEX? 

senang ja, klik ORDER NOW kat bawah ni. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan Credit Card atau Debit Card. Senang kan? Jimat minyak, jimat masa!

order-now

========================================================================

KURUS DENGAN B COMPLEX + BERSENAM + DETOX!

Percaya atau tidak, seorang customer Jun turunkan berat badan dengan B COMPLEX berserta amalkan DETOX dan BERSENAM!

b-complex

========================================================================