Kotak dan kegunaannya!

Kotak ni saja buat perhiasan…pasni buh skru terus kat dinding..hahah

#sarcasm

#rumahpenuhkotak

Advertisements

BERPANTANG? Apa yang tak boleh dimakan?

Hah! Berapa ramai ibu-ibu berpantang disini yang ada pengalaman berpantang sendiri? Atau macam mana pula nasib ibu-ibu baru yang tiada pengalaman yang TERPAKSA berpantang sendiri?

Meh Jun nak kongsikan PANTANG LARANG MAKANAN yang ibu-ibu masa berpantang x boleh makan. Kadang-kadang bila kita berpantang sendiri, kita pun ‘confused’ apa yang boleh dimakan apa yang tak boleh.

Ada jugak ibu moden zaman sekarang yang pantang! iaitu PANTANG TENGOK semua dibedalnya! hehe.

Meh kita buat checklist! nanti boleh tulis n tampal di dinding!

YANG TAK BOLEH DI MAKAN KETIKA BERPANTANG:

  1. buah-buah berangin dan sejuk – nenas, jambu air, pear, duku, langsat, dokong, mangga, pisang terutama pisang embun, nangka, cempedak, petai, tebu, jagung, rambutan, tembikai,durian, sengkuang,manggis, buah kelapa, ubi kayu, ubi keledek, ubi bit dan buah berangan. (Buah yang masam selalunya berangin)]
  2. Sayur yang berangin dan sejuk – labu, timun, terung, cili, bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi, paku pakis, rebung, kacang botol, kacang kelisa atau mana2 pokok sayur yg menjalar!
  3. Kacang yang berangin dan sejuk – kacang soya, tempe tauhu taufufah, barli, kacang kuda, kacang tanah, kacang merah, hijau dan taugeh! (Kacang mmg kaya protein tapi kadang2 boleh mendatangkan tindakbalas alahan yang takut gatal2 di kawasan jahitan)
  4. Daging/ Ikan – ikan tongkol, ikan pari, sotong, udang, kembung, sardin, daging lembu, telur dan ayam suntik
  5. Laksa mi kuning keju budu ikan pekasam jeruk dan makanan yg diawet atau diperam!

walau bagaimanapun ada stgh org selepas 3 hari bersalin sudah makan AYAM KFC! apa pun MAKAN AT YOUR OWN RISK!

Sekian. Semoga bermanfaat

NOTA KAKI: Setakat sekarang ini lah juga yang jun pantang semasa bersalin. apa pun maklumat ini jun dapat dari pembacaan buku mudahnya berpantang! 🙂