Throwback: Bagaimana Saya Memecahkan Tembok Ego Selama Ini terhadap Shaklee.

12670621_548162165360008_1485524576501515581_n

Al-kisah.
.
.
– “Macam mana cara nak makan Ostematrix ni?”
.
+ “4 biji sebelum tidoq”
.
– “Tudia banyaknyee pun…adoi”
.
+ “Badan orang normal perlu 1000mg Kalsium setiap hari. Sebiji bersamaan 250mg. Makcik susu pun tak minum ha”
.
– “Makcik tak lalu minum susu.”
.
+ “Tu la fungsi supplement makcik. Cukupkan apa yang kurang. Bukan kata makan suplement teruih tak makan nasi, sayuq semua tu.”
.
.
#ejenshaklee #shakleeperlis

P/s: Dialog ni terjadi masa gambar diambil.

=======================================================================

Jun mula berniaga shaklee secara terang-terangan bermula Februari tahun 2016 setelah 4 tahun consume shaklee secara on off!

Secara mudahnya beli vitamin shaklee bukan setakat tahan berbulan, tapi tahan bertahun2 sbb Jun makan bila perlu saja..bila pinggang cramp..kaki kejang baru kalut nak makan..haha

Same goes to Hafiz, dah migrain tahap nak hempuk kepala ke dinding baru dia cuba2 nak makan vitamin C , B complex dengan Oste yang berkurun duk dlm fridge..sebelum ni punyaa laa susah..reject semedang kalau kita suruh makan ESP pun!

Dipendekkan cerita, Hafiz dpt shaklee effects dari situ, migrain dia dah lama x berkunjung..bila bulan mengambang pun dia dah x bertukar jadi serigala jadian..kalau tidak mata pun bertukar jadi merah kalau bulan mengambang..kepala pun sakit gila katanya. uhuh

So setelah beberapa lama, puas kaji, puas jumpa doktor, bertanya dengan orang dan mendengar testimoni akhirnya Jun pecahkan tembok ego untuk mula berbisnes shaklee.

Ya! Dulu mmg jun satu macam sikit dengan MLM ni..duk rasa semua produk pun sama saja..

“hampa nak juai ubat mmg hampa cerita hat elok2 saja..sudahlahhh.” <—- ni lah ayat Jun dulu bila org cerita pasal juai barang

ha ha ha..masa ni fikiran belum terbuka..ilmu belum sampai tentang kisah sebenar..tudiala org tua2 kata kita jangan benci sangat..nanti Allah bolak balikkan hati..

Pi la google set menyusu ka, set anak2 ka..set pantang ka..set apa pun la..Shaklee mesti antara yang top duk di atas… sbb ni la yang Jun boleh tak sengaja “ter” kenal dengan shaklee in the first place..

Akhirnya, selepas ditimbang tara,  pi kelas2 bisnes berbayar..berkenal dgn org2 lama dlm bisnes..amik pengajaran atas kejadian bisnes lingkup dari orang lain.. berjinak2 dengan orang2 shaklee, akhirnya Jun beri peluang kepada diri sendiri berjuang dengan cara ini.. ha ha ha

Walaupun TANPA ilmu produk yang penuh didada, produk apa yg ada dalam shaklee pun x hafal…Jun cuba berdikit2 share pasal shaklee di FB..Pedih hati ni bila di kecam Jun x pandai tulis story telling, orang baca TAKNAK beli..

Life goes on, Allah cetuskan idea pada Jun di suatu pagi semasa kami buat Pasar Percuma Kindness Malaysia di Kodiang, selepas beberapa lama ini la kali pertama kami buat pasar percuma disini.. Dari situ orang tegur,

“eh Jun..hang ni panggil orang amik barang macam juai ikan..” 

Dari situ jun terfikir, kalau aku x pandai tulis story telling kat online..takkan la aku ni x reti buat offline? haaa… kena cuba ni!

Bermula cuti raya cina tahun 2016 tu jugak Jun keluar rumah jam 7.30 pagi tuju ke rumah pertama (Rumah pakcik saudara) ! barang yang Jun bawa adalah sampel B complex + Ostematrix dan flyers. Target Jun adalah orang2 tua.

Rumah pertama gagal! sbb Jun x jual barang, malu tak sangga2 nak habaq kata kita ni mai nak jual barang ha ha ha..so Jun belanja rumah pertama makan nasi lemak 5 bungkus! lepas makan bersama2 Jun balik lagu tu saja..tapi ada la bagi sampel b complex..sepatah habuk pun Jun tak cerita tujuan  asal Jun datang.

Rumah kedua, Jun tak terus cerita, cuma tanya2 khabar saja..kebetulan ada jiran2 datang bersembang di rumah tersebut masa tu..kalau orang yang betui pandai amik peluang..dah boleh terus buat demo disitu..tapi memandangkan kami ni newbie masa tu..maka kami sembang2 saja la..malu masih duk ada! hi hi

Disebabkan tak tahu apa2 masa ni, jun balik dengan tekad akan pergi pulak ke rumah yang sama tapi kali ni jun bawak husband untuk explain dan buat demo.. Slowly jun belajar cara untuk buat demo dan cara terangkan tentang produk! Balik tu memang jun study pasal produk

Alhamdulillah bila kita buat demo, prospek tengok depan mata..bila berpuas hati prospek x berkira untuk cuba!

Hari kedua dan hari seterusnya jun berjaya buat sales kali pertama, dan minggu seterusnya dapat “repeat order” oleh customer yang sama sbb nak belikan untuk keluarga masing2 pulak..Hingga lah sekarang Jun masih bersama dengan suami dalam team Sihat Harmoni untuk sama2 membantu diri sendiri dan orang lain untuk sama2 menambahbaik kualiti hidup kita..

Ini serba sedikit perkongsian Jun bagaimana mula2 Jun boleh serious dalam bisnes shaklee..semoga dpt memberi manfaat dan inspirasi pada sesiapa yang ingin buat sesuatu diluar kebiasaan tapi takut dan ragu2.. sebenarnya kita semua ada potensi untuk berjaya, jika tidak cara A, cara B atau banyak lagi cara yang ada. Yang penting buang ego dan redah saja! 😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s