Jangan Biarkan Kesan Putih di mulut Bayi! Ini Cara Bersihkannya!

Bagi ibu berpantang kali pertama mungkin tidak tahu bahaya dibiarkan putih susu dimulut bayi. Seringkali kalau mak saya datang kerumah dan tengok lidah baby ada sikit putih mak akan membebel untuk sentiasa cuci lidah baby setiap hari.

“kalau dibiarkan nanti sakit lidah baby nanti” .

cara-menghilangkan-putih-di-lidah-bayi-730x430

Apa sebenarnya kesan putih pada lidah bayi terutama setelah menyusu? Ia adalah sisa-sisa susu yang seharusnya dibersihkan. Sekiranya dibiarkan, ia bukan saja boleh menyebabkan mulut bayi berbau masam, tetapi juga mengundang kulat jangkitan kulat atau dikenali sebagai candida albicans.

Cara Bersihkan kesan putih susu di lidah bayi.

1. Sediakan Peralatan Yang Cukup
Pertama sekali, sediakan bahan secukupnya. Pastikan anda menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah.
Anda boleh membeli berus gigi khusus untuk bayi yang mudah digunakan dengan memakainya pada jari telunjuk. Tapi kalau tak ada pun, boleh menggunakan kain kasa/lampin bersih yang dililitkan di jari telunjuk. Kemudian sediakan semangkuk air bersih.

 

2. Bersihkan Lidah
Pangku bayi dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, celupkan jari yang dibalut kain lampin tadi dan masukkan ke dalam mulut bayi atau pada kesan putih bekas sisa susu.
Berikan tekanan lembut pada lidah bayi, tarik ke arah luar. Ulangi langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukannya. Ingat, jangan masukan jari terlalu dalam, kerana mungkin akan menyebabkan bayi termuntah.
3. Bersihkan Gigi
Jika bayi sudah mempunyai gigi, kita anda seharusnya turut membersihkan giginya. Gantikan kain tadi tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih. Bersihkan gigi bayi perlahan-lahan mengikut arah jarum jam.
Mulakan dari bahagian luar, bahagian atas, dan akhir sekali bahagian belakang.

 

4. Bersihkan Gusi
Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Akhir sekali, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi.

 

5. Ulangi Rutin Setiap Hari
Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini. Ia sepatutnya dijadikan rutin yang dilakukan setiap hari.

 

Sekiranya bayi kelihatan tidak selesa, cuba pujuk bayi dengan mengajaknya berbual, menyanyi, atau bermain. Jangan terlalu memaksa atau memarahinya kerana ia boleh menyebabkan bayi trauma.

sumber : zuriat.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s