Risau bayi tidak membuang.

Dapat panggilan tadi dari seorang ibu muda. Katanya anaknya yang menyusukan susu badan secara ekslusif sudah beberapa hari tak membuang. Risau! tapi baby okay saja tidak meragam atau kembung.

Dont worry! Tak perlu panik jika anak kita menyusu dengan susu ibu sepenuhnya  tidak membuang selama beberapa hari.

Apa yang ibu bapa perlu beri perhatian jika bayi tidak membuang?

  1. Perut bayi kembung atau buncit dari biasa?
  2. Bayi kentut atau tidak?
  3. Adakah bayi meragam atau kurang menyusu dari biasa?

Tidak perlu panik atau risau jika.. :

  1. bayi muntah sikit atau kadang-kadang sahaja
  2. Perut lembut dan tidak keras
  3. bayi buang angin tetapi lebih busuk dari selalu
  4. Bayi aktif seperti selalu dan menyusu seperti biasa
  5. Bayi membuang 3-5 hari sekali dan kadang-kadang 10 hari sekali bagi bayi yang menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu saja tanpa campuran makanan pejal atau susu formula.

Jom tengok apa yang berlaku dan kenapa ianya normal?

SUSU IBU MUDAH HADAM

Ini antara kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya kerana susu ibu lebih mudah dihadamkan dengan hanya dalam tempoh 60-90 minit saja berbanding susu formula yang perlukan 3-4 jam untuk dihadamkan.

Segala zat daripada susu ibu juga mudah diserap dengan lebih efektif berbanding susu formula. Inilah sebabnya kadangkala bayi susu ibu mengambil masa beberapa hari untuk membuang.

BAYI SEDANG MEMBESAR

Lazimnya bayi berusia sebulan ke atas akan minum susu dengan lebih kerap dan kuantiti yang lebih banyak dari usia sebelumnya, ini kerana tempoh tumbesaran yang cepat pada waktu ini dan zat makanan dari susu ibu juga akan diserap secara optimum supaya berat bayi bertambah dan najis yang dihasilkan juga kadangkala menjadi lebih sedikit.

 

Acapkali bagi ibu-ibu baru kadangkala diserang panik dan risau bila bayi susu ibu tidak membuang. Ya! ianya normal! Tak perlu beri sebarang ubat sembelit untuknya.

Pemberian ubat sembelit boleh mengganggu proses pembelajaran bayi mengawal pembuangan najisnya sendiri.

Ibu bapa juga boleh amalkan urutan ransangan untuk bayi.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s