Bayi Batuk? Ini Petuanya!

Last week Faheem demam, mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni, sekejap hujan sampai banjir2 setengah tempat. Kejap2 kering hujan tak turun2. Sejuk panas sejuk panas, orang tua macam kita pun boleh demam kan?

Demam dah kebah, tapi datang pulak batuk berkahak. Doktor kata itu normal bila kita gunakan nasal spray untuk bayi, cecair yang turun ke tekak akan menjadikan kahak  dan selalunya bayi akan muntahkan kahak itu bila batuk dan jika bayi telan, kahak akan keluar bersama najis.

Ini saya nak share petua2 yang senang kita dapat untuk bayi yang batuk:

#Asam keping + kulit bawang putih

Amended Asam-Keping

Bakar 3 kepingan asam keping bersama kulit bawang putih menggunakan api yang kecil.
Campurkan bahan tadi dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada dada bayi. InsyaAllah batuknya akan mula berkurangan.

 

060

#Daun kaduk
Campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.
images
#Mandian Lemon
Mandikan bayi anda bersama lemon. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya dipercayai dapat mengeringkan hingus bayi.

 

Garlic2-1020x765#Bawang putih
Bakar bawang putih, tumbuk dan masukkan ia ke dalam stoking bayi anda.

index

#Bunga belimbing bersama air beras
Ambil bunga belimbing dan hancurkannya. Masukkan ke dalam air didihan beras. Tapis kemudian beri minum pada anak anda.

kunyit-hidup-100g_1024x1024.jpg

#Kunyit hidup
Tumbuk kunyit hidup dan sapukan ia di bahagian hidung serta dahi bayi.
Kaedah lain yang boleh anda lakukan sebagai petua hilangkan batuk bayi termasuklah juga.
handposition
#Tepuk percussion
Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan bayi anda (depan dan belakang) menggunakan tangan anda. Lengkungkan tangan anda kepada bentuk cup. Teknik ini memudahkan pengeluaran kahak bagi bayi yang mengalami batuk berkahak.
Bagi ibu yang masih menyusukan anak, anda digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah supaya anak anda mendapat susu ibu yang berkualiti. Secara tak langsung, ini membantunya mengatasi masalah-masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam.
Dan tidak lupa juga untuk sentiasa mengemas rumah khususnya kawasan tidur bayi anda. Hilangkan segala habuk dan kotoran kerana itu juga adalah faktor yang menyebabkan gejala ini. Biarkan udara segar sentiasa mengalir masuk ke dalam rumah anda.
Bila anak2 sakit, ibu dan ayah lah yang paling tak boleh tidur malam kan? semoga perkongsian ini bermanfaat. 🙂
sumber: zuriat.com
Salam Sihat Harmoni,
Jun Hafiz
Advertisements

Rupanya ini punca anak bermasalah.

Seringkali ibu bapa sekarang risau akan akhlak anak-anak yang makin parah kan? Sama lah kami pun yang punya anak.

Cuma, kadang-kadang kita lupa nak reflect diri kita punca anak kita bermasalah.

Jom kita sebagai ibu bapa muhasabah diri dan berhijrah jadi ibu bapa hebat yang lebih positif!

Semoga asbab penghijrahan diri kita anak-anak kita juga menjadi antara yang lebih baik!

Aminn 😘😘

Siapa kita disisi anak²?

Kalau sebelum ni dalam entry yang lepas saya share tentang siapa anak2 disisi ibu bapa kan?

Nah kali ini ada jawapan untuk siapa pula saya disisi anak sulung saya.

Anak sulung saya ini berumur 5 tahun, ada speech delay, tapi sekarang sudah banyak perubahan yang ditunjukkan. Alhamdulillah..

Tadi masa saya nak ke dapur buat cokodok pisang, saya nampak faqeh duduk di atas meja tulis.. agak rare sebenarnya bila faqeh tanpa di suruh menulis atau melukis di meja.. selalunya di rumah kerjanya main dan tengok tv saja..kalau di ajak menulis atau melukis selalunya tak lama lepas tu faqeh akan buat kerja lain pulak! Haha

Saya jenguk lukis apa pulak anak bertuah ni .. haaa rupanya faqeh lukis bentuk shape! Ada triangle, rectangle dengan circle.. setiap shape ada mata, tangan dan kaki..hihi..ini pengaruh video ABC dan shape di TV.

Petang tadi faqeh ambil lagi kertas kosong dari printer. Katanya ni kertas terakhir. Awalnya saya marah takut faqeh gunting dan sepahkan. Tapi lepas tu baru saya tahu yang dia nak lukis.

Saya tanya “faqeh buat apa tu?”

Faqeh jawab, “faqeh tulis ibu”

Saya balas, “bukan tulis, lukissss, lukissss ibuuuu”

Lepas tu panjang lebar faqeh present master piece dia.

“Ini ibu, yang tengah ni kek dengan kueh, tepi ni tong sampah”

Amboi faqeh mentang2 ibu baru buat cookies kemarin, harini terus lukis ibu drngan kueh dan kek..haha

Yang tong sampah tu x boleh tahan.. agaknya nak kata ibu ni xda keja lain asyik duk di dapur saja..setiap kali faqeh ajak main dengan dia time tu la betul ibu nak masak la, nak siang ikan la..

Tapi paling best dimata faqeh ibu ni kurus slim ja…hahahaha..rambut jarang2.. tangan gitu agaknya ibu ni rajin kemas rumah kan..hahaha..

Ini lah ibu dimata faqeh..agaknya macam mana la ibu2 lain di mata anak masing2, cuba suruh depa lukis..haha

Ini lah ibu dimata faqeh.. huhu..harap2 lepas ni faqeh lukis abah dimata faqeh pulak..teringin gak nak tgk hahahah