ini rupanya cara berbento!

meh nak share cara kami buat totoro bento atas ni…bahan yang kami guna:

1. green cabbage sebagai sebagai based..letak bawah skali
2. inoki mushroom (beli kat tesco, kami goreng skali dengan sausage)
3. broccoli, rebus
4. boiled egg
5. baby tomato
6. sticky rice with  seaweed as deco and cheese sebagai mata totoro

cara buat:

1.memula kita masak dulu beras sushi tu cam biasa, sukatan 1 cawan beras dengan 2 cawan air, once nasi dah masuk biarkan kejap for 10 mins. then amik nasi tu dan kepalkan guna plastic atau guna sarung tgn plastic yang bersih untuk buat bentuk totoro.

2.  letak nasi tu dlm bento box atau lunch box yang sudah dialas dengan green cabbage

3. then telur tu..kami rebus macam biasa then masa suam2 tu kupas dan masukkan dalam egg mold and sejukkan dalam fridge

4. untuk hiasan totoro tu potong seaweed, atau punch atau buat guna gunting untuk MATA, MISAI dengan HIDUNG :p haha nak tergelak plak

5. then untuk sausage tu kalau nak guna sausage cutter sila guna cutter dulu sebelum goreng. 🙂

6. then hias ikut kreativiti

7. maka terhasil lah seperti gambar di atas dan dibawah..

ada soalan? silakan bertanya..kami juga masih baru belajar 🙂

a.jpg

Advertisements

HOME MADE PIZZA

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Bahan2:
1 kilo tepung gandum
Sos prego 2 botol
Capsicum 2 biji
Mozarella cheese 2 paket
Oregano
Yis 1 paket
Planta 2 sudu besar

Cara buat doh roti pizza
1. Masukkan 1 paket tepung gandum dalam bekas..tinggalkan sedikit utk diguna masa canai doh.
2. Masukkan 1 paket yis kering + 2 sudu besar planta + olive oil dalam 1 sudu + susu tepung 2 sudu besar + gula 1 stgh sudu besar + garam secukup rasa
3. Gaul tepung sampai sekata dan masukkan air suam sket2.. Sampai doh dah x terlalu lembut dan x terlalu keras
4. Bahagikan doh kepada berapa loyang yg nak digunakan. Dan start mncanai.
5. Canai dengan guna roller .seblum tu tabur skit tepung supaya doh x melekat bila mencanai. Canai agak nipis sbb nanti doh akan naik lagi.
6. Loyang disapu dengan minyak masak jenis sayuran. Atau olive oil.
6. Letak doh dlm loyang dan ratakan. Tutup dengan plastik dan biarkan 3 jam.

Topping pizza
1. Rebus ayam dan carik2 kan.
2. Panaskan kuali dan masukkan terus sos prego + minced meat. + garam + gula
3. Lepas doh dah naik tu boleh ready ratakan bhn topping atas pizza..
4. Bakar dlm oven 40 mins dengan temperature 180-200 °c

===========================================

Selalu kalau kita makan di fast food restaurant, air yang dijamu adalah ice lemon tea kan? haa alang2 dah buat pizza ni kita combine dengan minuman segar ICED MINTY PDRINK LYCHEE!

KLIK DI SINI UNTUK RESEPI ICED MINTY PDRINK LYCHEE NI!

rese

14324258_10210525189745506_6434607510788889235_o

 

Resepi ayam masak kelapa

image

Bahan:
1. Nyok muda yang dimesin putih sebiji
2. Cabai melaka ikut suka pedas mana tapi jgn sket sgt utk rasa kan dengan nyok nanti. Sy guna 15 biji
3. Kunyit hidup/ serbuk
4. Daun kunyit
5. Serai diketuk
6. Asam keping
7. Bawang besar
8. Garam secukup rasa
9. Ayam sebelah dalam 1kg camtu

Cara:
1. Blend cabai melaka + bawang besar + kunyit hidup + nyok mesin
2. Jika guna ayam..masak ayam dulu utk buang air dr ayam baru masukkan bahan kisar. Jika guna udang masak bahan kisar dulu dah hampir masak baru masukkan udang.
3. Masukkan serai yng diketuk dan daun ku. Jgn masak terlalu lama nanti nyok x sedap rasa. Udang gunakan yng besar..yg kecik nanti kecut2 pulak

Selepas siap boleh dihidangkan!

========================================================================

Jangan lupa ambil peppermint ginger selepas makan tau, bagi ibu-ibu yang menyusu, peppermint ginger boleh kurangkan masalah kembung perut sebab ia bantu buang angin.

peppermint.JPG

KLIK ORDER NOW UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN PEPPERMINT GINGER RM50.35 TERUS DARI WEB SHAKLEE DAN HUBUNGI SAYA 012 577 1905 (JUN) UNTUK KONSULTASI
order-now-gambar-1