Rupanya ini punca anak bermasalah.

Seringkali ibu bapa sekarang risau akan akhlak anak-anak yang makin parah kan? Sama lah kami pun yang punya anak.

Cuma, kadang-kadang kita lupa nak reflect diri kita punca anak kita bermasalah.

Jom kita sebagai ibu bapa muhasabah diri dan berhijrah jadi ibu bapa hebat yang lebih positif!

Semoga asbab penghijrahan diri kita anak-anak kita juga menjadi antara yang lebih baik!

Aminn 😘😘

Advertisements

Siapa kita disisi anakΒ²?

Kalau sebelum ni dalam entry yang lepas saya share tentang siapa anak2 disisi ibu bapa kan?

Nah kali ini ada jawapan untuk siapa pula saya disisi anak sulung saya.

Anak sulung saya ini berumur 5 tahun, ada speech delay, tapi sekarang sudah banyak perubahan yang ditunjukkan. Alhamdulillah..

Tadi masa saya nak ke dapur buat cokodok pisang, saya nampak faqeh duduk di atas meja tulis.. agak rare sebenarnya bila faqeh tanpa di suruh menulis atau melukis di meja.. selalunya di rumah kerjanya main dan tengok tv saja..kalau di ajak menulis atau melukis selalunya tak lama lepas tu faqeh akan buat kerja lain pulak! Haha

Saya jenguk lukis apa pulak anak bertuah ni .. haaa rupanya faqeh lukis bentuk shape! Ada triangle, rectangle dengan circle.. setiap shape ada mata, tangan dan kaki..hihi..ini pengaruh video ABC dan shape di TV.

Petang tadi faqeh ambil lagi kertas kosong dari printer. Katanya ni kertas terakhir. Awalnya saya marah takut faqeh gunting dan sepahkan. Tapi lepas tu baru saya tahu yang dia nak lukis.

Saya tanya “faqeh buat apa tu?”

Faqeh jawab, “faqeh tulis ibu”

Saya balas, “bukan tulis, lukissss, lukissss ibuuuu”

Lepas tu panjang lebar faqeh present master piece dia.

“Ini ibu, yang tengah ni kek dengan kueh, tepi ni tong sampah”

Amboi faqeh mentang2 ibu baru buat cookies kemarin, harini terus lukis ibu drngan kueh dan kek..haha

Yang tong sampah tu x boleh tahan.. agaknya nak kata ibu ni xda keja lain asyik duk di dapur saja..setiap kali faqeh ajak main dengan dia time tu la betul ibu nak masak la, nak siang ikan la..

Tapi paling best dimata faqeh ibu ni kurus slim ja…hahahaha..rambut jarang2.. tangan gitu agaknya ibu ni rajin kemas rumah kan..hahaha..

Ini lah ibu dimata faqeh..agaknya macam mana la ibu2 lain di mata anak masing2, cuba suruh depa lukis..haha

Ini lah ibu dimata faqeh.. huhu..harap2 lepas ni faqeh lukis abah dimata faqeh pulak..teringin gak nak tgk hahahah

Masa untuk bermain!

Since seminggu dah toys ni masuk jail, so harini dah keluar jail sbb Faqeh dan Hana berjaya tunjuk perubahan positif untuk follow daily checklist dan chore chart tu..

Ibu harap lepas ni main dan simpan balik atau toys masuk jail lagi dan kena Bond lagi..huhu..

Mainan kecik2 ni kalau bersepah mau pening tengok dan mula la nak bikin marah kan? Haha..dan bila dah marah hilang kebaikan ibu ni ha..kekekek..

Ni plak mainan Hana, sebelum ni dah kosong 4 tingkat sbb semua kena jail :))

(Eh tersesat krim Herbal Blend plak kat situ..merata2 krim Herbal Blend dlm rumah ni..Hana ada eczema..so bila dtg time dia gatalΒ²..terus sambaq krim herbal blend ja sapu..kalau ada satu ja kadang time nak guna tu lah cari tak jumpa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

Lepas ni barang2 mainan ni ada yg kena masuk Kotak Share pulak!

Nak tau apa tu Kotak Share? Haa stay tune!